25 Sept 2016 yg lepas, sy n 2 org kawan hiking ke Pulau Aman, Batu Kawan, Pulau Pinang.
Haa..sapa kata Pulau Aman xleh hiking?! Treknya ada, cuma agak kurang jelas..
Ramai yg ke Pulau Aman utk makan di Restoren Terapung ataupun memancing.
Hanya kami saja yg berhajat untuk "Hiking" pada hari itu, yang lain kebanyakkannya btujuan memancing.
Berikut catatan ringkas jika ingin hiking di Pulau Aman:
1.Bot:
Paling awal pukul 8 (jika cuti/weekend), jika hari biasa, ada jadual ditetapkan dan bot seawal pukul 9pg dr Pulau Aman
2. Bayaran:
Sesampai ja ke Pulau Aman, barulah bayaran sebanyak RM6 (pergi dan balik) dikenakan.
3. Trek Hiking:
Ikut signboard ke TELAGA MAS, di hujung kampung, anggaran dalam 1km lebih ke trek hiking. Tak terasa sangat perjalanan 1km lebih tu sebab kelilingnya penuh dengan rumah orang2 kampung..Jalannya insyaallah xsesat, sbb kami yg first time datang pon boleh agak di mana lauannya..just jalan sampai jumpa "Telaga Mas" yang binaan yg seperti "kolam mandi". Agak kotor Telaga Mas tersebut. Ada sejarahnya, jika nak tahu, kenalah datang ke Pulau Aman ye =). tak jauh dari situ (anggaran 10m dr Telaga Mas) adalah laluan Trek untuk hiking. Laluannya diperbuat dr simen, dan berlumut serta signboard yang telah patah disitu. Untuk lebih kepastian, terdapat tali untuk naik ke atas. Ikut saja tali tersebut.
4. Durasi hiking:
Pergi: 45min
Balik: 45min
Sebenarnya bukitnya kecil saja, tp jalannya agak keliru.Mula2 hanya ikut tali, kemudiannya dah tak ada tali. Jadi, kna ikot tanda2 yang ditingkatkan oleh "hikers2" yang telah melaluinya dahulu.
5. Tips Hiking di Pulau Aman
i. Bnyk nyamuk. sila sediakan mosquito repellent jika anda xtahan. Setiap perjalanan ditemani nyamuk.
ii. Marking. Sila buat "tanda" atau "mark" laluan anda bagi mengelakkan kesesatan/kejadian yg tidak diingini.
iii. Gunakan bantuan GPS untuk "tanda" trek laluan anda.
iv. Awas dengan ranting2 kayu jika ingin berpaut. Kebanyakannya reput.
v. Bilangan orang, berapa pon xpa, tak memerlukan experienced hiker pon, cuma kena berhati2 dan plan pendakian anda (kami datang bertiga, smua perempuan).
6. Puncak
Puncaknya boleh dikatakan "puas hati" dngan pendakian selama 45min.
Itu saja perkongsian, lepas hiking, apa lagi, pekena mee udang di restoren terapung. Saya bagi 4.5bintang untuk rasanya! Isi ketam dan udang lipan memang fresh, walaupun hanya masak kukus, sangat manis isinya. Siput RM3/kilo, udang lipan Rm30/kilo dan ketam saiz XL rm50/kilo (ok lah harganya, bagi yg duduk bndar cm saya ni..hahahah)
No comments:
Post a Comment