Assalamualaikum.
Kadang kita seringkali lupa akan nikmat yand diberi oleh ALLAH.
Ada saja yang tak kena.
Melihat orang lebih berjaya dari kita, tapi sedarkah kita bagaimana usahanya untuk berjaya?
Melihat orang bahagia dari kita, tapi sejauh mana kesedihan yang telah dia lalui selama ini?
Melihat orang lebih pandai dari kita, tapi sejauh mana keperitan usahanya dalam menuntut ilmu?
Allah.
Aku manusia biasa.
Yang terkadang hanya nampak hasil kejayaannya saja lantas mencemburi..
Aku dalam usaha menjadi seorang yang berfikiran terbuka, yang sentiasa positif dan menghargai setiap indvidu walau bagaimana sekalipun latar kehidupannya.
Jika kita fikir kehidupan kita adalah yang paling susah sekali, lihatlah kepada manusia yang lebih kurang bernasib baik dari kita.
Contoh. Perihal aku: Masalah untuk mendapatkan pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan atau Biasiswa bagi melanjutkan pelajaran.
Pada ketika blog ini ditulis, aku adalah seorang pemegang Ijazah Sarjana Sains (Kejuruteraan Awam).
Ya, Jika pada tahun 1989 aku mendapat kelayakan tersebut, aku mungkin adalah orang yang bernasib baik kerana dapat sambung pelajaran ke peringkat itu. Dimana tesisnya ditulis dengan TYPEWRITTER..Bayangkan bagaimana menulis tesis yang ratusan mukasurat hanya menggunakan TYPEWRITTER..dan orang terdahulu berjaya sehingga ke peringkat PhD!!
Namun, bagi tahun 2015, segulung Ijazah Sarjana tak memberikan apa-apa makna langsung. Hasil penyelidikan nya pun kurang dari segi mutunya.
Pernah aku terdengar ceremah yang diberikan oleh Prof. F (Dekan, Kejuruteraan Awam buat masa ini), dia mengatakan, kaum/agama lain sentiasa lebih dari umat ISLAM.
Mengapa?
Dari segi teknologinya, dari segi adab mahupun dalam bidang research. Semuanya mereka mendahului.
Ahhh.. Aku malu dan aku ingin buktikan yang Islam masih hebat seperti zaman Rasulullah s.a.w. dan Zaman Khalifah Ar-Rasyidin.
Tapi Bagaimana?
Jika sering mengeluh,
Selalu leka dengan hiburan,
Cepat putus asa
Dan hanya nampak kejayaan orang lain...
Semoga aku dan anda semua juga dapat jadi insan BERJAYA, suatu hari nanti.
Insyaallah. Amin.
No comments:
Post a Comment