Setelah sekian lama menyepi,
Alhamdulillah harini terinspirasi juga untuk menulis pada Tahun 2020😅.
Alhamdulilah, bersyukur, masih lagi boleh bernafas dan semoga dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Tujuan penulisan kali ini, untuk kongsikan mengenai "Brainwave" yang saya dapat selepas mengikuti IMKK Sekali ini (DAO).
Terima kasih Dr Azizan untuk ilmu ini.
Sebenarnya, setiap manusia ada beberapa gelombang otak atau "brainwave".
Antaranya termasuklah:
1. Gelombang Beta : keadaan dimana kita sedang marah, stress, atau berfikiran negatif
2. Gelombang Alpha: ada 12 keaadaan untuk kita dapatkan gelombang ini
3. Gelombang Theta: keaadaan sedang mamai atau lali (sebelum nak tidur)
4. Gelombang Delta: keadaan kita sedang tidur
Klik link jika nak tahu lebih spesifik mengenai julat kelajuan setiap gelombang.
Sewaktu brainwave kita berada di gelombang Alpha, insyaallah apa sahaja yang kita inginkan atau berdoa akan mudah dimakbulkan.
Disini saya kongsikan 12 gelombang Alpha yang merupakan salah satu magnet rezeki kepada setiap manusia atau bahasa lainnya doa mudah diterima.
1. Ketika Tarik, Tahan dan Hembus nafas 3x (cara ini dapat mengawal pernafasan dan menyebabkan gelombang akan slow down)
Bila berjumpa orang, atau interview contohnya, submit doa kepada Allah dan minta apa yang diinginkan.
2. Ketika bersin.
3. Ketika hujan lebat.
4. Sebelum bangun tidur/selepas bangun tidur (disarankan fikir atau impikan atau lihat dan berkata kata yang positif sebelum tidur dan selepas bangun)
5. Ketika sedang mandi.
6. Ketika nak bersalin (anggaran 0 hingga 4 minit selepas bersalin, kerana ketika ini dosa si ibu diampunkan, suami isteri diminta berdoa pada waktu ini)
7. Ketika mengaji.
8. Ketika Selawat, istighfar (zikir)
9. Ketika ditempat suci (Mekah, Madinah, Masjid)
10. Ketika sujud terakhir dalam solat.
11. Ketika minum air (dalam keadaan duduk.Energy bocor jika minum berdiri. Hanya air zam zam sahaja boleh minum berdiri)
12. Ketika suami isteri bersama/berjimak.
Namun, terdapat juga beberapa perkara yang boleh merosakkan gelombang Alpha atau menyebabkan submission menjadi lambat.
Antaranya:
1. MARAH
2. ROKOK
3. STRESS
4. BERFIKIRAN NEGATIF / BURUK SANGKA
5.KOLAM HATI TAK SELARI DENGAN MINDA.
Perlu ingat, SETIAP YANG KITA FIKIRKAN JUGA ADALAH DOA.
maka, BERDOALAH YANG BAIK BAIK KEPADA ORANG SEKELILING KITA,
MUDAH MUDAHAN, DOA DOA ITU JUGA DIKEMBALIKAN KEPADA KITA.
Wallahualam.
Nadia Li
No comments:
Post a Comment