Thursday, September 17, 2020

KESALAHFAHAMAN TERHADAP BERNIAGA

 Bismillahirahmanirahmin,
Assalamualaikum dan Selamat pagi semua,

Harini insyaallah nak kongsikan ilmu mengenai kesalahfahaman kita mengenai perniagaan. 

Saya kreditkan ilmu ini kepada Dr Azizan Osman, kerana ilmu ini datang dari beliau.


KESALAHFAHAMAN TERHADAP BERNIAGA:

1. Tak dilahirkan sebagai usahawan : Ini adalah tanggappan yang salah sama sekali. Semua orang boleh memilih untuk berniaga / menjadi ushawan, semuanya diatas kehendaknya sendiri.

2. Ibu bapa/ keturunan bukan usahawan : Berniaga / menjadi usahawan tidak dapat diwarisi. Semuanya bergantung kepada pengalaman dan pengetahuaan sesorang. Kalau berilmu, sesiapa pun boleh berniaga!

3. Tidak bernasib untuk berniaga : Rezeki datang dari Allah. Tawakal dan usaha.

4. Business ini susah / tidak mudah : Betul, tidak dinafikan. Tapi perlu belajar dan "truss the process".

5. Gulung tikar dalam masa 3 tahun pertama : Tidak jika anda ada ilmu, ada mentor.

6. Perlu mulakan dengan modal yang besar : Tidak. Boleh je mulakan dengan menjadi dropship (modal RM 0.00)

7. Mesti ada pejabat : Tidak perlu bazirkan duit buat pejabat. Mulakan dari rumah dahulu.

8. Kena keluarkan produk sendiri : Tidak semenstinya. Jika anda dropship, agent, stokis pun mampu cecah sales juta juta.

9. Mesti bersusah payah bertahun tahun : Tidak semestinya jika anda ada mentor 

Jadi, kesimpulan di sini, hidup penuh dengan pilihan. Nak mula business mulakan dengan apa yang anda minat/guna/pakar tentangnya. Jika tak tahu, perlu menuntut ilmu😇

Sekian sahaja untuk kali ini.



Nadia Li

Thursday, September 10, 2020

MAGNET REZEKI : 12 GELOMBANG ALPHA

Assalamualaikum buat semua. 

Setelah sekian lama menyepi, 
Alhamdulillah harini terinspirasi juga untuk menulis pada Tahun 2020😅. 
Alhamdulilah, bersyukur, masih lagi boleh bernafas dan semoga dapat memberi manfaat kepada orang lain. 

Tujuan penulisan kali ini, untuk kongsikan mengenai "Brainwave" yang saya dapat selepas mengikuti IMKK Sekali ini (DAO). Terima kasih Dr Azizan untuk ilmu ini. 

 Sebenarnya, setiap manusia ada beberapa gelombang otak atau "brainwave". 
Antaranya termasuklah: 

1. Gelombang Beta : keadaan dimana kita sedang marah, stress, atau berfikiran negatif 

2. Gelombang Alpha: ada 12 keaadaan untuk kita dapatkan gelombang ini 

3. Gelombang Theta: keaadaan sedang mamai atau lali (sebelum nak tidur) 

4. Gelombang Delta: keadaan kita sedang tidur 

Klik link jika nak tahu lebih spesifik mengenai julat kelajuan setiap gelombang.

Sewaktu brainwave kita berada di gelombang Alpha, insyaallah apa sahaja yang kita inginkan atau berdoa akan mudah dimakbulkan. 

Disini saya kongsikan 12 gelombang Alpha yang merupakan salah satu magnet rezeki kepada setiap manusia atau bahasa lainnya doa mudah diterima. 

 1. Ketika Tarik, Tahan dan Hembus nafas 3x (cara ini dapat mengawal pernafasan dan menyebabkan gelombang akan slow down) Bila berjumpa orang, atau interview contohnya, submit doa kepada Allah dan minta apa yang diinginkan. 

 2. Ketika bersin. 

 3. Ketika hujan lebat. 

 4. Sebelum bangun tidur/selepas bangun tidur (disarankan fikir atau impikan atau lihat dan berkata kata yang positif sebelum tidur dan selepas bangun) 

 5. Ketika sedang mandi. 

 6. Ketika nak bersalin (anggaran 0 hingga 4 minit selepas bersalin, kerana ketika ini dosa si ibu diampunkan, suami isteri diminta berdoa pada waktu ini) 

 7. Ketika mengaji. 

 8. Ketika Selawat, istighfar (zikir)

 9. Ketika ditempat suci (Mekah, Madinah, Masjid) 

10. Ketika sujud terakhir dalam solat.

11. Ketika minum air (dalam keadaan duduk.Energy bocor jika minum berdiri. Hanya air zam zam sahaja boleh minum berdiri) 

12. Ketika suami isteri bersama/berjimak. 

 Namun, terdapat juga beberapa perkara yang boleh merosakkan gelombang Alpha atau menyebabkan submission menjadi lambat. 

Antaranya: 

 1. MARAH 

 2. ROKOK 

 3. STRESS 

 4. BERFIKIRAN NEGATIF / BURUK SANGKA 

 5.KOLAM HATI TAK SELARI DENGAN MINDA. 

Perlu ingat, SETIAP YANG KITA FIKIRKAN JUGA ADALAH DOA. maka, BERDOALAH YANG BAIK BAIK KEPADA ORANG SEKELILING KITA, MUDAH MUDAHAN, DOA DOA ITU JUGA DIKEMBALIKAN KEPADA KITA. 


 Wallahualam. 



Nadia Li