Bismillahirahmanirahmin,
Assalamualaikum dan Selamat pagi semua,
Harini insyaallah nak kongsikan ilmu mengenai kesalahfahaman kita mengenai perniagaan.
Saya kreditkan ilmu ini kepada Dr Azizan Osman, kerana ilmu ini datang dari beliau.
KESALAHFAHAMAN TERHADAP BERNIAGA:
1. Tak dilahirkan sebagai usahawan : Ini adalah tanggappan yang salah sama sekali. Semua orang boleh memilih untuk berniaga / menjadi ushawan, semuanya diatas kehendaknya sendiri.
2. Ibu bapa/ keturunan bukan usahawan : Berniaga / menjadi usahawan tidak dapat diwarisi. Semuanya bergantung kepada pengalaman dan pengetahuaan sesorang. Kalau berilmu, sesiapa pun boleh berniaga!
3. Tidak bernasib untuk berniaga : Rezeki datang dari Allah. Tawakal dan usaha.
4. Business ini susah / tidak mudah : Betul, tidak dinafikan. Tapi perlu belajar dan "truss the process".
5. Gulung tikar dalam masa 3 tahun pertama : Tidak jika anda ada ilmu, ada mentor.
6. Perlu mulakan dengan modal yang besar : Tidak. Boleh je mulakan dengan menjadi dropship (modal RM 0.00)
7. Mesti ada pejabat : Tidak perlu bazirkan duit buat pejabat. Mulakan dari rumah dahulu.
8. Kena keluarkan produk sendiri : Tidak semenstinya. Jika anda dropship, agent, stokis pun mampu cecah sales juta juta.
9. Mesti bersusah payah bertahun tahun : Tidak semestinya jika anda ada mentor
Jadi, kesimpulan di sini, hidup penuh dengan pilihan. Nak mula business mulakan dengan apa yang anda minat/guna/pakar tentangnya. Jika tak tahu, perlu menuntut ilmu😇
Sekian sahaja untuk kali ini.
Nadia Li