Thursday, July 6, 2017

Alfatihah - 18 Ramadhan 1438H

Hari Nuzul Quran 2017

Hari yang xdapat dilupakan...

3pagi, ak n hubby dikejutkan adik ipaq menyatakan mak tiba2 semput..selepas keluar bilik air

Dengan mamai dengan apa yang tengah berlaku, ak tengok mak mertua ak da terbaring..

menggigil kesejukan..

padahal semalam elok ja kami berjalan ke Padang Besar..buat kuih semprit...

nak call ambulans..tapi ayah kata tunggu dulu..bagi keadaan mak reda..

lepas sahur dan solat subuh...lena balik..

bagun pagi pukul 9, tengok mak mertua masih lemah..

xsekuat selalu..

selalunyaa..time2 macam ni, mesti tengah sibuk menyiram pokok bunga, atau tengah melayan abg lid (abg ipar yg OKU sejak lahir)

tapi haritu...mak mertua ak tidur ja...

patut kami balik ke penang tengah hari tu..sebab dah habis cuti kan

tapi..tengok mak masih semput..muka pucat.

mak sekeras2nya xnak p hospital.

takut kena tahan wad. nanti sapa nak jaga abg lid. lagipun xnak anak2 risau kat dia...

masa ni, ak tengah mengandung 34 mggu.. 

masa mula2 mengandung, mak mertua lah yang paling excited!

cucu pertama la katakan!

kahwen 2 tahun lebih, baru lekat..mak mertua ak mintak tips macam2 kat kawan2/org yg dia kenal...

tapi..

Allah lagi sayangkan mak mertua ak...

Zohor hari Nuzul Quran tu kami hantar jugak mak ke Hospital, bahagian kecemasan

sebab Public Holiday.

Mula2 masuk kat kawasan separa kritikal bahagian kecemasan.

Petang tu dalam pukul 3 tukar ke bahagian kritikal..ak dah panik, tapi hopefully all will be ok..

Dr kata semua ok selepas buat CT Scan dan tunggu nak masuk wad..syukurrr sekejap dengar berita tu

Lebih kurang 7.20 malam, beberapa minit sebelum buka puasa,

Dr kata jantung mak mertuaku makin low. Mintak ajarkan mengucap sbb nak tidurkan mak.

Waktu ni hubby memang x lalu makan dah.

Ak pon speechless time ni sebab x sangka sangat2...

kami hantar mak ke hospital (Hospital Kangar) supaya mak getting better, not getting worst!

sedih dah menyelubungi kami sekeluarga.

malam yang sayu.....

kami sekeluarga redho dengan ketentuan Allah..

8.30 malam, Dr mintak sign untuk LVAD...yg guna elektrik untuk bantu jantung berfungsi semula...

3 kali cuba, masih gagal..

tepat jam 9.30malam, mak mertua ak tiada lagi kat dunia ni..

Ak mcm x percaya gila time tu...speechless..ak n hubby yang beriya nak hantar mak ke hospital...

Allah saja yang tau mcm mana perasaannya masa tu..sukar nak digambarkan..

macam nk salah kan Dr ja sebab mula2 kata semua ok..

namun, terpaksa akur..ini semua takdir illahi..

*gambar waktu mula2 admit ke wad kecemasan separa kritikal.

~Alfatihah~

semoga mak ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...sayang mak...
maaf kalau tindakan kami menghantar mak ke hospital itu adalah tindakan yang salah...😢

No comments:

Post a Comment