Monday, October 31, 2016

REVIEW: VILLA JALAN AMPAS SUUNAH KORUSS, JANDA BAIK, PAHANG

Disini saya ingin memberikan review mengenai resort Sunnah Koruss pada lawatan saya bertarikh 29Oct-30Oct 2016. Ada beberapa perkara yang agak mengewakan saya pada percutian di resort (Villa Jalan Ampas) ini.
1) Overall:
-Rekabentuk katil, rumah, tandas sangat cantik dan unik...kreatif. Bagi peminat seni seperti saya, saya amat mengagumi rekabentuk dan keunikan villa ini.
-Kemudahan2 asas disediakan, seperti : mesin basuh, peti ais, peralatan bbq, gelas dan cawan, kuali, dapur, 2 tong sampah besar dan beberapa sudu. (sila bawa bekas besar sendiri jika ingin mengadakan BBQ kerana bekas besar tidak disediakan)

2) Beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki:
-Sepanjang saya bercuti di resort ini, saya hanya berkomunikasi melalui pangilan telefon dan whatsapp, saya sendiri tidak berjumpa dngan staff atau dan tidak nmpak dimana kaunter reception resort ini. Saya LAYAN DIRI ke vila jalan ampas, membuka pintu yang tidak berkunci dan terus masuk untuk berehat. Ada juga pengujung hari yang sama tetapi menginap di vila irama bertanyakan saya dimana vila irama kerana masa tu telah pon menunjukan jam 3ptg (waktu check-in) tetapi masih tidak dapat contact owner.
-Kebetulan semasa kami menginap hujan terlalu lebat. beberapa tempat bocor, di bilik tidur, di ruang tamu dan di tempat makan. Ada seorang datang bertanya samada villa bocor atau tidak, tapi tak ada sebarang tindakan dilakukan. terpaksalah kami memikirkan sendiri cara mengurangkan air masuk ke bilik dan villa tersebut.


-Kebersihan tandas sangat TIDAK MEMUASKAN. Tandas berlumut. saya bercuti bersama keluarga, ada orang tua. sangat bahaya jika tergelincir.




-Banyak kucing di resort yang mengganggu waktu makan dan di bilik tidur (kucing lompat dr bumbung melalui lubang dr ruang syiling yang terbuka ke penjuru katil). Padahal, terang2 papan tanda menulis dilarang membawa haiwan peliharaan.

3) Perkara-perkara lain yang perlu diketahui sebelum anda booking:

- Mesti bayar penuh sebelum check-in. Perkara ini patut diberitahu kepada pelanggan sebelum booking. Kami sebagai pelangan juga mempunyai hak untuk mengetahui. Saya hanya dapat tahu sehari sebelum bertolak ke resort.



-Sediakan penyembur aerosol, ubat nyamuk dan lalat secukupnya. Semasa lawatan kami, kebetulan kami terjumpa lipan di bahagian dapur, sila berhati-hati.


- Jika anda bercuti bersama rakan2 yang semuanya memang sukakan adventure dan natural. Tempat ini sangat2 DISARANKAN!.

Saya sebenarnya tak kesah jika saya bercuti bersama rakan2, tetapi percutian saya kali ini bersama keluarga, dan untuk merehatkan minda.

Sekian review saya..SELAMAT BERCUTI SEMUA!!

PENAFIAN: Bukan niat saya untuk memburuk-burukan resort ini. Ini adalah review pada lawatan saya tempoh hari. Ikhlas dari hati. Dari masa ke semasa, resort ini mungkin telah memperbaharui sistem pengurusannya. Sila update dari laman web lain untuk mendapatkan review-review terkini. Terima kasih.


Tuesday, October 4, 2016

HIKING PULAU AMAN

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

25 Sept 2016 yg lepas, sy n 2 org kawan hiking ke Pulau Aman, Batu Kawan, Pulau Pinang.

Haa..sapa kata Pulau Aman xleh hiking?! Treknya ada, cuma agak kurang jelas..

Ramai yg ke Pulau Aman utk makan di Restoren Terapung ataupun memancing.

Hanya kami saja yg berhajat untuk "Hiking" pada hari itu, yang lain kebanyakkannya btujuan memancing.

Berikut catatan ringkas jika ingin hiking di Pulau Aman:

1.Bot:
Paling awal pukul 8 (jika cuti/weekend), jika hari biasa, ada jadual ditetapkan dan bot seawal pukul 9pg dr Pulau Aman

2. Bayaran:
Sesampai ja ke Pulau Aman, barulah bayaran sebanyak RM6 (pergi dan balik) dikenakan.

3. Trek Hiking:
Ikut signboard ke TELAGA MAS, di hujung kampung, anggaran dalam 1km lebih ke trek hiking. Tak terasa sangat perjalanan 1km lebih tu sebab kelilingnya penuh dengan rumah orang2 kampung..Jalannya insyaallah xsesat, sbb kami yg first time datang pon boleh agak di mana lauannya..just jalan sampai jumpa "Telaga Mas" yang binaan yg seperti "kolam mandi". Agak kotor Telaga Mas tersebut. Ada sejarahnya, jika nak tahu, kenalah datang ke Pulau Aman ye =). tak jauh dari situ (anggaran 10m dr Telaga Mas) adalah laluan Trek untuk hiking. Laluannya diperbuat dr simen, dan berlumut serta signboard yang telah patah disitu. Untuk lebih kepastian, terdapat tali untuk naik ke atas. Ikut saja tali tersebut.


4. Durasi hiking:
Pergi: 45min
Balik: 45min
Sebenarnya bukitnya kecil saja, tp jalannya agak keliru.Mula2 hanya ikut tali, kemudiannya dah tak ada tali. Jadi, kna ikot tanda2 yang ditingkatkan oleh "hikers2" yang telah melaluinya dahulu.

5. Tips Hiking di Pulau Aman
i. Bnyk nyamuk. sila sediakan mosquito repellent jika anda xtahan. Setiap perjalanan ditemani nyamuk.
ii. Marking. Sila buat "tanda" atau "mark" laluan anda bagi mengelakkan kesesatan/kejadian yg tidak diingini.
iii. Gunakan bantuan GPS untuk "tanda" trek laluan anda.
iv. Awas dengan ranting2 kayu jika ingin berpaut. Kebanyakannya reput.
v. Bilangan orang, berapa pon xpa, tak memerlukan experienced hiker pon, cuma kena berhati2 dan plan pendakian anda (kami datang bertiga, smua perempuan).




6. Puncak
Puncaknya boleh dikatakan "puas hati" dngan pendakian selama 45min.

Itu saja perkongsian, lepas hiking, apa lagi, pekena mee udang di restoren terapung. Saya bagi 4.5bintang untuk rasanya! Isi ketam dan udang lipan memang fresh, walaupun hanya masak kukus, sangat manis isinya. Siput RM3/kilo, udang lipan Rm30/kilo dan ketam saiz XL rm50/kilo (ok lah harganya, bagi yg duduk bndar cm saya ni..hahahah)




thats all..DAA!!