Assalamualaikum/salam sejahtera kepada semua pembaca
Harini penulisan blog dalam Bahasa Malaysia, juga dikenali sebagai Bahasa Melayu.
Isu yang dibincangkan pada hari ini : FACEBOOK
Terdapat 2 kategori utama yang bertindak sebagai "pelakon" dalam telenovela Facebook:
1. Pihak yang memuat naik status/gambar
2. Pihak yang menerima (pembaca)
Kedua-dua kategori ini akan melibatkan saya dan juga kamu, saling silih berganti peranannya.
Selalunya saya akan berada dikategori yang kedua. Hanya scroll dan tag kawan jika perlu. Jarang sekali komen. Apatah lagi keyboard warrior.
Hasil yang saya dapat setiap kali membuka Facebook, tak lain dan tak bukan hanyalah menyebabkan saya terjebak kepada beberapa penyakit hati seperti berikut:
1. Iri hati
2. Tidak pernah rasa cukup dengan apa yang saya ada
3. Mahu jadi lebih daripada orang yang di"iri hati" kan
dan banyak lagi sikap-sikap negatif yang disemai dalam sanubari ini.
saya tak tahulah jika kamu semua bagaimana setiap kali selepas melayari Facebook.
Hanya sedikit info yang bermanfaat yang akan didapati di Facebook, contohnya isu semasa, khabar sahabat dalam kedukaan atau info-info lain yang general knowlegde.
Adakah kebanyakkan orang di dunia ni sungguh bergembira dengan kehidupannya, sehinggakan hari-harinya berjalan dengan begitu sempurna sekali?
Jarang sekali orang berkongsi tentang kegagalan dirinya, apatah lagi ujian kesusahan yang telah melanda diri dan keluarganya.
Adakah Facebook hanya medium untuk berkongsi kegembiraan dan bermegah-megah dengan kehidupan?
Tidak dinafikan, masih ada info bagi tujuan menghulurkan sumbangan, tapi jumlahnya atau peratusannya terlalu kecil jika dibanding dengan status "kegembiraan" para penguna Facebook.
Saya pernah terfikir untuk deactivate Facebook.
Tapi terigin jugak nak tengok gelagat manusia disana.
Dan ingin mencabar diri untuk menjadi seorang yang lebih penyabar..
Saya terfikir...
Apalah perasaan mereka semasa mereka memuat naik status mereka?
Adakah mereka berbangga ketika itu?
Atau saja ingin berkongsi kegembiraan bersama?
Atau sebagai medium untuk menyimpan memori kehidupan?
Benarlah, lumrah manusia, suka dipuji dan benci diuji..
saya manusia. kamu juga manusia. sama saja sifat itu.
Yalah, jika semua berada sebagai "pelakon'' dikategori kedua seperti saya, apa yang ingin dikongsikan? Mark Zuckerberg pon boleh tutup kedai.
Saya masih melatih diri saya untuk menjadi seorang yang positif dalam semua segi. Melatih untuk membuang penyakit-penyakit yang dinyatakan diatas.
Tak lupa, mari kita amalkan surah AL KAHFI pada setiap malam jumaat, jika tidak berkesempataan, bolehlah dibaca 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir.
Amalan ini, sedikit sebanyak insyaallah dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan fitnah. mudah-mudahan. Insyaallah.
Adios~
No comments:
Post a Comment