Thursday, September 17, 2020

KESALAHFAHAMAN TERHADAP BERNIAGA

 Bismillahirahmanirahmin,
Assalamualaikum dan Selamat pagi semua,

Harini insyaallah nak kongsikan ilmu mengenai kesalahfahaman kita mengenai perniagaan. 

Saya kreditkan ilmu ini kepada Dr Azizan Osman, kerana ilmu ini datang dari beliau.


KESALAHFAHAMAN TERHADAP BERNIAGA:

1. Tak dilahirkan sebagai usahawan : Ini adalah tanggappan yang salah sama sekali. Semua orang boleh memilih untuk berniaga / menjadi ushawan, semuanya diatas kehendaknya sendiri.

2. Ibu bapa/ keturunan bukan usahawan : Berniaga / menjadi usahawan tidak dapat diwarisi. Semuanya bergantung kepada pengalaman dan pengetahuaan sesorang. Kalau berilmu, sesiapa pun boleh berniaga!

3. Tidak bernasib untuk berniaga : Rezeki datang dari Allah. Tawakal dan usaha.

4. Business ini susah / tidak mudah : Betul, tidak dinafikan. Tapi perlu belajar dan "truss the process".

5. Gulung tikar dalam masa 3 tahun pertama : Tidak jika anda ada ilmu, ada mentor.

6. Perlu mulakan dengan modal yang besar : Tidak. Boleh je mulakan dengan menjadi dropship (modal RM 0.00)

7. Mesti ada pejabat : Tidak perlu bazirkan duit buat pejabat. Mulakan dari rumah dahulu.

8. Kena keluarkan produk sendiri : Tidak semenstinya. Jika anda dropship, agent, stokis pun mampu cecah sales juta juta.

9. Mesti bersusah payah bertahun tahun : Tidak semestinya jika anda ada mentor 

Jadi, kesimpulan di sini, hidup penuh dengan pilihan. Nak mula business mulakan dengan apa yang anda minat/guna/pakar tentangnya. Jika tak tahu, perlu menuntut ilmu😇

Sekian sahaja untuk kali ini.



Nadia Li

Thursday, September 10, 2020

MAGNET REZEKI : 12 GELOMBANG ALPHA

Assalamualaikum buat semua. 

Setelah sekian lama menyepi, 
Alhamdulillah harini terinspirasi juga untuk menulis pada Tahun 2020😅. 
Alhamdulilah, bersyukur, masih lagi boleh bernafas dan semoga dapat memberi manfaat kepada orang lain. 

Tujuan penulisan kali ini, untuk kongsikan mengenai "Brainwave" yang saya dapat selepas mengikuti IMKK Sekali ini (DAO). Terima kasih Dr Azizan untuk ilmu ini. 

 Sebenarnya, setiap manusia ada beberapa gelombang otak atau "brainwave". 
Antaranya termasuklah: 

1. Gelombang Beta : keadaan dimana kita sedang marah, stress, atau berfikiran negatif 

2. Gelombang Alpha: ada 12 keaadaan untuk kita dapatkan gelombang ini 

3. Gelombang Theta: keaadaan sedang mamai atau lali (sebelum nak tidur) 

4. Gelombang Delta: keadaan kita sedang tidur 

Klik link jika nak tahu lebih spesifik mengenai julat kelajuan setiap gelombang.

Sewaktu brainwave kita berada di gelombang Alpha, insyaallah apa sahaja yang kita inginkan atau berdoa akan mudah dimakbulkan. 

Disini saya kongsikan 12 gelombang Alpha yang merupakan salah satu magnet rezeki kepada setiap manusia atau bahasa lainnya doa mudah diterima. 

 1. Ketika Tarik, Tahan dan Hembus nafas 3x (cara ini dapat mengawal pernafasan dan menyebabkan gelombang akan slow down) Bila berjumpa orang, atau interview contohnya, submit doa kepada Allah dan minta apa yang diinginkan. 

 2. Ketika bersin. 

 3. Ketika hujan lebat. 

 4. Sebelum bangun tidur/selepas bangun tidur (disarankan fikir atau impikan atau lihat dan berkata kata yang positif sebelum tidur dan selepas bangun) 

 5. Ketika sedang mandi. 

 6. Ketika nak bersalin (anggaran 0 hingga 4 minit selepas bersalin, kerana ketika ini dosa si ibu diampunkan, suami isteri diminta berdoa pada waktu ini) 

 7. Ketika mengaji. 

 8. Ketika Selawat, istighfar (zikir)

 9. Ketika ditempat suci (Mekah, Madinah, Masjid) 

10. Ketika sujud terakhir dalam solat.

11. Ketika minum air (dalam keadaan duduk.Energy bocor jika minum berdiri. Hanya air zam zam sahaja boleh minum berdiri) 

12. Ketika suami isteri bersama/berjimak. 

 Namun, terdapat juga beberapa perkara yang boleh merosakkan gelombang Alpha atau menyebabkan submission menjadi lambat. 

Antaranya: 

 1. MARAH 

 2. ROKOK 

 3. STRESS 

 4. BERFIKIRAN NEGATIF / BURUK SANGKA 

 5.KOLAM HATI TAK SELARI DENGAN MINDA. 

Perlu ingat, SETIAP YANG KITA FIKIRKAN JUGA ADALAH DOA. maka, BERDOALAH YANG BAIK BAIK KEPADA ORANG SEKELILING KITA, MUDAH MUDAHAN, DOA DOA ITU JUGA DIKEMBALIKAN KEPADA KITA. 


 Wallahualam. 



Nadia Li

Friday, January 18, 2019

REVIEW FERRY DARI JESSELTON POINT, KK - LABUAN DAN TEMPAT MENARIK LABUAN

Assalamualaikum dan salam hormat.

Fuh! Fuh! Fuh! (ak tengah tiup habuk2 yang bersawang kat blog ni..gile setahun tak update!)

Dec 2018 yg lepas, ak n famili g melawat adik ak dan kluarnya di Labuan.

Kalu di google Labuan ni xdak apa pon sebenarnya.

So, ak nak review sikit macam mana/apa yang best dekat labuan ni.

Kami tiba di Kota Kinabalu (KK) dari Penang sebab hasil risikan flight aa pada tarikh kami tu, route ni paling murah.

Tiba Jam 1ptg dekat KK kami amik kereta sewa, makan, dan rehat2 kt homestay.

Malam baru jalan2 area Filipino Market.

Next day, kami naik boat dari Jeseelton Point, KK ->> Labuan. (3j 45min) + ombak badai. Sangat2 not recommended lalu route ni. Ak bawak mak abah, husband, baby (1y6) n adik ak Form5. Start je ferry mmg rasa lain macam. Even yang bukan mabuk laut pon tiba2 rasa nk muntah. Kalau tgk map pon, mmg jauh. So, kalau korang nak g Labuan dari mainland Sabah, ak suggest g kat Menumbok. At least laluan darat, kita boleh rehat kalu pening or apa. Tak dinafikan, dr KK ke Menumbok pun makan berjam-jam jugaklah untuk sampai. But, if u nak try, u can challenge yourself. hehehehehe. Good Luck, btw!

Sesampai ja kt Labuan, kesian mak abah ak. pakat lembik masing2. Baby ak pon tidur ja sepanjang perjalanan. Sapa kata jadi baby x mabuk? Haih, memang kalu ferry terus jalan lg smpai lebih 4j ak rasa, dengan ak2 muntah. Tips dia utk tak berapa mabuk is Tidur! Yes, Sleep can make the dizziness better.

Ok, selesai bab naik ferry.

Antara tempat makan best/ tempat best utk p kat Labuan:

1. Loong Fish Head Labuan. - Mee kolok + sup ikan. Ikan tu digoreng, makan dengan sup. Sangat2 recommended!

2. Restoran Warisan, Labuan - tengahari ada banyak lauk kat sini, malam boleh pilih ikan dan mintak dieorang masakkan.

3. Duan Satay Station - kuah satay sini mmg sedap!

Ak rasa 3 tempat ni ja yang adk ak bawak p makan ritu. Hahaahaha

Tempat menarik plak:

1. Labuan Bird Park - Jangan lupa bawak IC. dapat murah sikit. Berbaloi dengan harga dan murah ja. Fee utk Malaysian RM3, student/Warga emas; RM2

2. Chimney Museum Labuan- Best jugak, tengok2 sejarah arang batu ni. boleh p try, dia dekat ja dengan Bird Park, masuk percuma.

3. Pulau Rusukan Besar - Utk snorkeling, kami g sini. Pulau ni salah satu taman laut negara, air memang dalam dan kena pakai pelampung untuk yang tak reti berenang. Laut tak sejernih di Mabul island, Krabi dan Phuket. Tapi still boleh nampak coral dan ikan, boleh naik kayak yang transparent kt sini. Kena spend 1 day kalu nak ke sini. Nak g sini kena naik dari Marina Labuan. Kami deal dgn agent dl. Blh try google. Selain pulau ni, ada Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Kuraman (tapi tak singgah pon, just island hoping saja)

4. Labuan Marine Museum. Masuk free, blh pegang ikan, boleh tengok ikan tanpa bersusah payah nk snorkeling! ikan pon sangat terjaga dan cantik2 kat sini. Kalau masuk kena bayaran pun, sanggup bayar.

5. Pasar Borong Labuan- banyak ikan2 yang fresh, rare dan murah boleh beli kt sini, tapi kena pergi lepas subuh. (subuh kat sana sejam lebih awal dr semenanjung). Kalau g lambat, ikan pun kurang, harga pon da makin mahal sikit.

6. Untuk souvenir, boleh beli dekat UTC Labuan. Acctually beli souvenir kat Labuan lg murah dr kat Bazar Filipino tu!

that's all yang ak rasa menarik dan boleh dilawati kat Labuan ni kot. Percutian 5 hari (1 hari KK,  4 hari Labuan)

Labuan ni Pulau Bebas Cukai. Jadinya coklat, rokok, arak (benda2 yang merosakkan badan manusia ni) di jadi MURAH! gituuu..

Ok, sekian saja review ak. SELAMAT BERCUTI😘

Wednesday, February 14, 2018

PENGALAMAN BAWA BAYI (6 BULAN) MENGERJAKAN UMRAH

Salam sejahtera buat muslimin muslimat sekalian.

Kalau sesiapa yang baca entry ni, mesti la uolls terfikir nak bawa bayi uolls pergi umrah sekali kan?

paling tidak pun...baru terfikir-fikir nak pergi buat umrah..

 

ok, kat sini, saya nak ceritakan sikit pengalaman membawa bayi (anak saya, Raeesa)...masa tu dia 5bulan nak masuk 6bulan...Alhamdulillah, pada 9jan-20jan 2018 lepas, kami menjadi tetamu Allah, dijemput Allah bagi menunaikan ibadah umrah...

 

Saya ada buat “study” sikit dekat google, tapi kebanyakkannya membawa bayi umur 1 thun ke atas, paling muda saya baca umur 8 bulan...ada umur 3bulan dari Indonesia..tapi saya tak berapa faham penulisannya..

 

Pertama sekali, uolls kena pertimbangkan semasa nak bawa anak ke tak ialah: KEADAAN KESIHATAN ANAK UOLLS, dan semestinya NALURI IBU itu tersangat lah penting.

 

uolls nak tahu tak, sebaik sahaja saya daftarkan Raeesa untuk pergi sekali mengerjakan umrah, hanya seorang dua saja yang sokong saya untuk bawa dia bersama...hubby dan mak saya pun ragu ragu nak bawa dia sekali😔

 

Sebagai seorang ibu, kalau naluri uolls rasa NAK BAWA, bawa je, biar seluruh rakyat Malaysia menentang skali pun...gituuu..TAPI..kalu uolls pun ragu ragu, atau risaukan keadaan anak, atau risau 1001 masalah lain yang akan timbul, saya nasihatkan supaya JANGAN BAWA anak kecil anda sekali..

 

Sejujurnya, antara cabarann bawa anak kecil mengerjakan umrah:

 

1. Semasa flight take off/landing: Bagi bayi yang kali pertama naik dan tak biasa dengan keaadan ni, memang mereka akan menangis, jadi, saya cadangkan beli "headfon" untuk letak pada telinga bayi, rasanya di kedai Daiso ada jual..saya terlupasungguh mengenai benda ni, tapi disebabkan naik Saudi Airline, mereka ada bagi kit yang di dalam tu ada penyumbat telinga tu...tapi walaupun saya sumbat telinga Raeesa, dia nak cabutkan pula dan tak selesa..hurmmm..Jadi, kesudahnya Raeesa menangis tak henti sepanjang take off...😞

 

2. Kalau bayi jenis menangis malam/susah tidur malam: Jadual telah disusun, jadi kalu uolls tak ckup rehat agak susah nak join program program yang telah di susun..pihak pnganjur biasanya ok je, cuma kita lah yang rugi...Alhamdulillah, walaupun berlaku perubahan waktu, Raeesa masih lagi boleh sesuaikan waktu tidur dia dan tidur nyenyak pada waktu malam..

 

3. Najis pada lampin: Kadang kadang kita dah biasa bawa bayi ke mana mana tanpa salin pampers (saya lah tu)..tapi waktu di sana, setiap kali ke masjid, wajib tukar lampin supaya kita tidak menanggung najis, terutama kalau kita nak tawaf (samada rukun/sunat/nazar/wada) atau nak solat smbil dukung bayi. terus terang, dalam situasi ni, seorang ibu lah yang paling kalut sbb banyak perkara nak kena fikir. Kadang kadang lampin anak saya pun lupa nak tukar masa di hotel..situasi lain kalu kita dah nak solat, anak baru berak😣..bagi kes ni, memang saya pun tak dapat nak selesaikan masalah ni pada ketika tu sebab apa pun tak bawa dan tak bersedia untuk situasi tersebut, terpaksalah saya teruskan juga solat jemaah walaupun Raeesa dah menangis-nangis sebab tak selesa punggung dia dah penuh....Jadi, saya boleh cadangkan untuk uolls bawa tisu basah, plastik dan spray wuduk..so, kalu bayi bersaya blh salin, buang dalam plastik, plastik masuk dalam bag dan ambil wuduk balik guna spray...

 

4. Bayi jenis tak duduk diam/menangis semasa kita solat jemaah: Ini perkara biasa, sediakan mainan, atau benda benda yang dia suka..ramai je yang bawa anak yang masih kecil..saya sendiri nampak depan mata, bayi macam baru lahir beberapa hari lahir pun ada mak dia bawa ke masjidil haram tu..

 

5. Kalau bayi masih tak boleh duduk atau berdiri: Jadi, setiap kali nak solat (di masjid), pastikan berwuduk sebab kalau kita sendirian susah nak letak bayi, sbb orang ramai..atau, , pastikan wuduk sntiasa ada dalam beg.

 

6. Susu bayi: Ini bukan masalah besar kalau uolss pakai susu formula, tapi kalu uolls menyusu badan secara eksklusif, maka ini juga salah satu cabaran. Sedia maklum dari KLIA lagi tidak dibenarkan bawa susu / barangan cecair..Jadi, saya bawa susu sejuk beku letak dalam “luggage” dalam 2 botol sebab saya takut kalau bawa banyak susu sangat, nanti susu yang cair tu perlu digunakan secepat mungkin. kalau nak harap nak pump kat sana, memang tak sempat (mungkin salah saya sebab tak pandai susun jadual).. sebab badan dah letih, dan dah biasa bagi anak menyusu terus...bila sesekali nak pump, susu pun segan segan nak kluar dan perlu buat "power pump" (yang memakan masa) untuk tambah kuantiti susu.. susu ni bukan apa, kalu kita nak pergi beribadah, boleh la tinggalkan bayi kepada suami ..tapi kalu susu tak ckup, macam mana nak tinggalkan bayi untuk pergi buat ibadah..

 

7. Kalau berlaku situasi yang tidak diingini: Contoh pasangan kita demam..haa..yang ini agak mencabar, saya pergi dgn hubby, mak dan abah. Semasa umrah pertama kami, hubby demam dan tak larat sungguh..Jadi, saya kena dukung Raeesa sepanjang tawaf dan saie (memang 2-3 pusingan  je larat, lepas tu rehat sekejap😓)..situasi ni memang antara yang sungguh tak disangka sangka..sebab umrah pertama ni kita akan pergi secara berjemaah dengan mutawif dan Jemaah jemaah yang lain, jadi kena la jugak habiskn secepat mungkin sebab mereka akan tunggu untuk balik sekali (situasi ni ikut “travel agent” masing masing)...

**yang jadi bertambah tambah penat bagi seorang ibu yang membawa bayinya sekali ni bukan apa..bagi kes kami, dari Penang ke Kuala Lumpur kami naik bas, kemudian sampai ke KLIA (hari yang sama) terus ke airport Jeddah, seterusnya ke Mekah untuk buat umrah..di dalam kaal terbang dan dalam bas lagi dah tak cukup tidur...lepas tu terus kena pergi buat umrah sambil dukung bayi...so, memang mencabar jugak disitu...

 

8. Mommy pulak yang demam: Ini...memang perkara yang tak disangka sagka yang kedua, Raeesa Alhamdulillah sihat sepanjang kat sana.. saya pula, hari kedua demam ditambah pula batuk dan selsema sampai seminggu...Alhamdulillah, walaupun menyusu badan, Raeesa tak berjangkit...apa pun yang penting, banyakkan berdoa pada Allah swt..

 

Apa apa pun uolls kena ingat, kita pergi sana untuk buat ibadah, tak dinafikan bawa anak ni terkadang kita terhad untuk melakukan ibadah, tambahan masa kami pergi, masih musim sejuk   (kebiasaannya November,Disember, Januari - musim sejuk di Saudi). Madinah lebih sejuk berbanding Mekah. Masa di Madinah, waku subuh hubby tak bagi saya ke masjid untuk bawa Raeesa (sebab sejuk sangat)..tapi masa di Mekah, Alhamdullilah boleh solat berjemah di Masjidil Haram, kalau bawa bayi waktu subuh...solat lah di tingkat 1..rase suam suam je gitu...

 

Sekian sahaja, review saya/pengalaman saya membawa bayi pergi mengerjakan ibadah umrah...


blanje gambo satu💓

thats all..daa~

Nadia Li

Monday, November 27, 2017

Vaksin Umrah @ Klinik Dr Jammy Nibong Tebal

Assalamualaikum dan selamat2 semuanya~~

Alhamdulillah, insyaallah 9 Jan 2018 - 20 Jan 2018 nnt kami skeluarga akan menjadi dhuyufurrahman (tetamu Allah)..Sapa yg nak p? Insyaallah, ak, hubby, mak, abah n my baby..mana leh tinggai😄..nnt ummi rindu lah kat kamuuu...masa tu, baby raeesa baru nak masuk 6 bulan (genap 6bulan di Mekah nanti, insyaallah)

so..antara persiapannya selain kursus2 umrah, kne la cucuk vaksin.

mcm biasa, my favourite klinik @ nibong tebai ni..klinik Dr Jammy Suzana lah!!

harga vaksin = RM150/org

baby umur 2 thn ke bawah xperlu cucuk dan kita boleh request surat dari Dr yg menjelaskan mengapa xperlu suntikan vaksin ACYW135 ni...surat tu percuma je..just request melalui fon pon boleh.

sebab kerajaan arab saudi sangat strict skrg ni..

ak p by Juara Travels and Tours (cwgn utara), pejabatnya kt taman pekaka ni je...

so, surat cucuk perlu tunjuk masa di airport nnt..ak ingtkan surat ni antara kperluan untuk buat visa...rupanya x...

utk buat visa hanya perlu gmbar berlatar blakang putih diblakangnnya sahaja...

apa yg ak dapat lepas suntikan vaksin di klinik Jammy?

-hanya surat dr Dr yg mgatakan telah disuntik..huhuhu

berbeza dengan parents ak...dieorang suntik kat Klinik Majid, Taiping (RM140/org) - dapat buku sebesar pasport uolss!! kalu buku nampak smart la sikit..ni kertas je..walaupun both buku dan kertas valid for 5 years, tp pada ak, buku lebih mudah disimpan berbanding kertas...

xpelah, mudah2an smuanya selamat dan dipermudahkan nanti..insyaallah..

oh yaa! sebelum nak cucuk di mana2 klinik, better korang call dulu klinik2 yang korg nk p cucuk tu..sbb kebanyakkannya bukan ready stok. sebab kedua2 klinik (Dr Jammy dan Klinik Majid) kne tempah at least seminggu br vaksinnya sampai😎

Nota kaki: sepanjang ak survey ni, vaksin ni mmg kne p kt klinik swasta..yg krajaan xde. plg murah ak dengar Klinik Malaysia, Taiping (bukan klinik 1 Malaysia tau)..ak pon hampir kompius...klinik Malaysia tu RM95 je..tp Dr nye india...ak gugel kliniknye, signbord pon kecik n klinik pon mcm underground/menyeramkan je😅..ak xnak komen ape, tp ikot keselesaan sndiri lah nak cucuk di mana dan berapa harganya...asalkan uolss x was2 udah le ye...ak x p klinik Malaysia tu sbb was2..heheheh.. #tepukdadatanyaiman😍 

ni la surat suntikan vaksin dr klinik Jammy Suzana, Nibong Tebal

ni buku suntikan vaksin yang parents aku dapat...cucuk di klinik Majid, Taiping

ok..thats all

jumpa lagi!! daa~~






Thursday, October 12, 2017

Cara paling jimat dan berkesan untuk banyakkan susu badan

Assalamualaikum / Good day to all.

Nak share sikit pengalaman sebagai ibu baru ni. Cara paling effektif dan terbukti berkesan untuk banyakkan susu badan. Alhamdulillah dapat bagi anak susu badan sepenuhnya selama 2 tahun.

Dulu time pantang dok ingat ada susu, bagi je la kat baby. da kering nanti formula jela...or campur susu badan n formula..sebab mak dulu macam tu.

So, x study or x tau langsung la mcm mana cara nk boost pengeluran susu badan ni.

Sampai la one day... kena hantar anak rumah pengasuh. 

Pengasuh call susu xckup, so lepas perah kt USM, pergi plak umah pengasuh untuk bagi susu. 

Masa tu kais pagi, makan pagi sangat...kadang2 kena kumpul 2-3 sesi perahan untuk dapatkan 1 botol. 1 sesi maksud waktu perahan. kadang pagi dapat 30ml ak campur ngan tengah hari 30ml..haa..gitu, tapi jangan amalkan ye..ak xdan lagi kaji habis2 ada effect tak kalu susu dicampur mcm ni, but better dont. Tapi susu belah kiri dan kanan memang boleh dicampur...

Alkisahnya hari pertama xcukup susu tu, ak pon google la cara nk boost/banyakkan susu badan. antara faktor lain nya nak proceed susu badan ni sebab nutrient dari susu badan ni tersangat la berganda2 dari susu formula. imunisasi anak pon terjamin. And, husband pon sangat2 sokong fully breastfeeding (bf) ni. dia kata, lagipon student, banyak masa terluang and masa kami flexible..x terikat dengan kuliah atau waktu kerja.

Time ak dalam pantang actually ak da amik milk booster. Day 1 memang boost. but the next day seems like reducing (i'm not sure) because hanya pump jika nak kemana2 bawa baby (contoh ke klinik) sebab senang sikit kalau baby nk susu time kat klinik. Or else memang minum direct.

So, hasil pengalaman aku, cara paling effektif untuk banyakkan susu badan ialah dengan cara...

POWER PUMPING!!

fuhh..bunyi cam power rangers pon ada..xpon power time buat "pumping" exercise guna tangan tu 💪. Macam mana nak buat power pump ni? Secara keseluruhannya ada 3 rukun wajib dan 1 rukun harus dalam power pump ni..heheh..dah macam blaja agama plak.

Rukun WAJIB

1. Cara untuk power pumping:

Untuk single pump:
10min - kanan
10min - kiri
5min - rehat
10min - kanan
10min - kiri
5min - rehat
10min - kanan
10min - kiri
(jumlah masa: 1jam 10min)

Untuk double pump:
20min - dua2 belah
10min - rehat
10min - dua2 belah
10min - rehat
10min - dua2 belah
(jumlah masa: 1jam 10min)

2. Masa yang teratur/consistent.

Sebolehnya setiap 2jam, tapi setiap 3jam dah ok..depends pada masa masing2..mula2 memang leceh kena tunggu 1jam 10 min untuk complete kan power pump ni. tapi percaya la, susah dalam dua tiga hari ja, lepas tu buat 10-20 min susu da boleh achieve 120ml. And dont ever cheat or take short cut, ok?😉

Contoh masa pump; single pump (my case): 
9am-10.10am 
1pm-2.10pm
5pm-6.10pm
lepas balik rumah, bagi direct pada baby...
kalau rajin dan bayi kurang minum waktu malam,
boleh pump lagi pukul 1am, 4am, 6am...(yang ni ak buat kalu ak terjaga ja..sebab kadang letih bebenor, baby plak tidur lena)
tapi ketiga2 waktu (9am sampai 5pm - waktu pejabat mmg kena akan perah dan jangan miss)
Buat selama 2 minggu for the best result.

3. Keep on pumping even nothing coming out!

Ya, kadang kita fikir buat apa nk pump kalu x kluar pon susunya. or kita ingat susu dah xde so kita pon stop. No, it is wrong. Actually bila kita keep on pump, otak akan kata "need to produce more, so hurry up" haa...gitu..tu yang kilang susu akan bekerja keras untuk penghasilan susu... 

Rukun HARUS

Dah nama pon power pump, kena la ada pump susu..hehehe..tak kisah lah pump manual or elektrik, dua2 boleh.tapi kalau xnak penat boleh la guna yang elektrik. Ak guna manual avent, result memuaskan walaupun sampai naik muscle2 iouls ni mengepam. sebab ak buat kat dalam cubical, malas nak naik surau. kalau pump manual lebih senyap dan kurang annoying bunyinya..hehe😂pemilihan pump pon mainkan peranan. sebab, semakin selesa, semakin banyak susu. 

Oh ya, ak pon pernah try pakai tangan untuk power pump ni sbb masa tu pump elektrik ak habis bateri. power supply xbawak plak. So, pkai tangan pon boleh, tp masa kena ikot aturan rukun wajib power pumping. Tapi dinasihatkan belilah pump, sbb guna tangan ni kurang konsisten sikit resultnya. maksudnya kita xtau how constant kita picit.

nanti ada masa ak review pump susu plak.

thanks sudi baca, ni ak belanja gambo stok susu after 4hari power pump. Dah boleh simpan stok kat freezer sejuk beku! dulu freezer bawah pon 1-2 botol ja...time ni freezer bawah pon dah ada 4 botol bekalan untuk esoknya...



MAKANAN UNTUK BANYAKKAN SUSU:

- satu lagi tips nak banyakkan susu badan ialah dengan makan lobak putih..boleh hiris lobak putih, rencahkan dengan bawang merah, tumis dan buat sup lobak putih...

-boleh juga cuba air rebusan longan kering bersama kurma cina (boleh beli di kedai ubat cina atau di pasaraya aeon)...rebus kemudian minum suam2...


**nota kaki: power pump ni sangat sesuai juga untuk ibu2 yang susunya makin hari makin sikit, atau susu yang dah xnak kluar langsung tapi nak ada susu balik (maybe da seminggu kering susu). boleh try, dan doalah kepada allah supaya dapat menyusukan anak semula, semua ibu nak yang terbaik buat anknya, kan?💓**


~~daaa~~







Friday, September 29, 2017

PENGALAMAN BERSALIN DEWAN BERSALIN MUSLIMAH (DBM PERMATANG PAUH) 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Harini nak cerita sket pengalaman bersalin anak pertama, di DBM Hospital Permatang Pauh.

Memandangkan memang bukak buku pink kat hospital kerajaan, so pd week ke 39, p la consult Dr for the first time sbb nak tanya la kalu ter-extend sampai 40weeks apa yg perlu dilakukan, tambah2 kalau xdak contraction. Nak tanya jugak patient yg mcm mana Dr akan procced c-zer. Org kata hospital swasta depa nk c-zer kan aje sbb nk dpt lebih byk duit...so utk kepastian, ak tnya Dr tu sndri...

Time ak p tu, 16/7/17, ahad, sbb sbtu klinik penawar tutup. Bagi sesiapa yg xtau, klinik penawar tu untuk check patient, n DBM Hospital tu plak untuk bersalin. Masa tu raya dah masuk mggu ke dua, so berangan2 la nk p umah kawan2 lepas check n nak p tesco untuk berjalan2 bagi cepat sket bersalin.

Pergi dengan hati yg gembira, pukul 12.30tgh hari ak n hubby masuk. Dr yg bertugas time tu, Dr Hanita. Mcm mak2 orgnya. Ak ckp la ak first time consult sini, bcadang nak beranak kat sini, just nk tnya Dr macam mana kalau ter-extend date. Dr terkejut ak dah 39w sbb perut kecik bebenor.. (Perut ak mmg kecik, smpai prof ak x prasan ak pegnant, kawan2 pon byk yg perasan ak pegnant time ak 7bln)..So, Dr pon suruh baring utk scan.

tengah2 scan..jeng3...tiba2 Dr kata " air ketuban kamu ni dah sikit ni, kamu mmg nk beranak sini ke?"

"Ya, Dr, cadang nak beranak sini.."

"Kamu pergi kat sebelah (DBM Hosp), terus admit"

Ak n hubby dok blur lagi..Hubby kata "Ok Dr..nnt petang kami datang ye" (sbbnya kami nk p tesco sbrg jaya nk jalan2 dl la cadangnya)

Dr kata "No, bukan petang ni, kna admit sekarang, lagipon bukaan da 2cm"

Ak: "gurlppp.." (dalam ati, whattt??!! ak nk kne branak arini ka?? sbb otak dok set contraction br nk p spital)

ak nervous, makan pon jadi x lalu terus. bayangkan lah, tetiba ko nak kene bersalin tanpa rasa contraction n waktu yg x ready..

last 2 weeks (3/7/17) adik ak lina selamatkan melahirkan baby boy, Muhammad Harriz dengan 3kali induce kt GH Seberang Jaya. Sebabnya 2 kali induce xrasa sakit..adk ak pon da riso kalu2 dia kne c-zer...

so, nervous2 pon kne la admit jugak kan. room dia selesa. sorang satu bilik. ada tv, ada sejadah, toto n bantal, attached bathroom, shower ada heater.

DBM mmg x provide any food sebelum bersalin.

so, dah makan pe xlalu, ak suruh la hubby bli kfc..sbb kfc tu xlalu2 pon boleh sumbat jgk kan😋

pukul 3ptg, dtg nurse yg agak berpengalaman (berumur), induce, masuk ubat kat bawah. ak prasan ubat tu mcm cecair. xboleh bgun dr katil sejam lepas letak.

nurse tu ckp, kalu dalam sejam x sakit, slalunya kne dos kedua..n satu dos tu blh tahan 4 j keberkesanannya..kalu lebih 4j, depa akan masukkan dos kedua <---ni yg ak paham, kalu salah info sory.

DBM akan masukkan max 3 dos untuk induce, GH sbrg prai plak max 4 dos (sbb adk ak pnya kes tu yg ak tau), kalu masih x rasa sakit depa akan c-zer.

Nurse tu kata lagi, skit bsalin ni sakit yg teramat2 sakit, tp cuba la untuk normal delivery, kalu patient request c-zer, depa akan c-zer.

masa ak tengah sarat pon macam2 ak dengaq crita pasal nk bersalin ni, sampai cemas yakmat jgk lah..hahahah..maklumla, anak pertama. xdak pengalaman.

then mak dari taiping pon datang naik tren, mak mertua adik jemput dia kat stesen Bkt Mertajam n trs ke DBM. abah xdtg sbb isnin adik ak syafikah skolah, dia PT3 tahun ni, lagipun adik ak lina tgh berpantang 2 mggu. kak spupu ak, mak teh mai melawat ak sbb kebetulan depa ada area situ time tu. kawan opis, cuna, pon mai...depa smua blk dlm kui 9mlm mcm tu.

Al kisahnya, kawan mak ak pnh kata time dia melawat adik ak dlm pantang. Kwn mak kata kalu baby lahir lepas isyak n sebelum subuh slalunya ank tu berpenyakit. Kebetulan ank kawan mak ak tu mmg ada kanser mulut time baby sbb lahir pkul 2 pagi....

 ak ni punya lah teringt2 kata kwn mak aktu. so, ak harap sgt2 baby kluaq sebelum isyak..tp masih xrase pape😔

Pukul 10mlm, Dr dtg check, bukaan dah 4 cm, suruh ak duduk instead of baring spaya bukaan cepat. mak ak balik bertam umah mak mertua adik, tumpang tdo sana. mak pesan kalu bukaan 4cm, call mak. makanya hubby risau kalu ingkar, so call lah mak dan mak sampai pukul 11 mlm mcm tu.

Dalam pkul 12 tgh mlm memang da rasa sakit tapi ak leh tahan lagi. sbb ak biasa senggugut terok..smpai pengsan punya senggugut..so ak tahan and actually ak nak tahan sampai lepas subuh sebenarnya😂...punya la terpengaruh dengan kawan mak aku tu...

Pukul 2 pagi contraction makin kuat..ak try nk bertahan tapi memang xleh tidur la, sat ke kiri, sat kanan...tp ak senyap ja, x meraung or apa. namun, dalam keheningan malam tu, kita beralih sikit pon org akn perasan. husband ak asik2 datang kat katil dr toto yg dia tidur di bawah. mak pon tidur bawah, pon tgk ak kt katil, pakat risau. ak da berpeluh2..mak ckp x nak panggil misi lagi ka? ak cakap boleh tahan lagi...mak cakap "Panggil la misi, nadia xde pengalaman, sebab ni anak pertama"...kata2 mak tu menyebabkan ak risau..ditambah plak ak pegang perut mmg xrasa baby gerak..hehhehe (mmg la x gerak sbb ketuban da dipecahkan, kepala baby dah kt bawah dah)..tp ak risau pnya pasai, tekan la butang panggil nurse.

Kali pertama tekan, nurse xdtg..dlm ati ak, lega, ak da tekan, tp depa x mai, ada chance la nk delay bersalin smpai lepas subuh! hahaha..lawak plak pemikiran ak time tu...tp contraction dtg lagi, ak pon..hurm xleh jadi ni, tekan je la butang..apa nk jd pon jd lah (tp still doa agar baby ak sihat selamat smuanya)...misi datang..check2 bukaan dah 9cm!!

trus tolak ak ke labour room guna kerusi roda. untuk pgetahuan bakal first mom, contraction ni sat datang n sakit...then reda..time reda tu la turun katil n naik kerusi roda plak..heheheh..dulu ak ingt contarction tu sakit yakmat yg akan berlarutan non stop!

Masuk labour room pkul 2.35pagi..ak sempat jeling jam di dinding terus berdetakk ahhh...hahah..x lama lepas tu Dr Hanita pon turun (dlm ati ak, uih, cepat betul Dr datang, mayb ada bilik Dr dlm bgunan tu agaknya)...baby lahir 2.50pagi..alhamdulillah, bagi aku sakit bersalin ni kategori acceptable lah sakitnya dan ak yakin smua perempuan boleh!!😎dont worry ye new moms diluar sana..insyaallah, apa2 pon allah ada..dia yg cipta kita kan, mesti dia tau kita capable atau x untuk satu2 perkara tu...

Waktu nk melahirkan tu nurse tolong baca2 kan doa sekali sbb tkt kita lupa..husband pon tolong ingatkan..pengalaman indah yang xdapat dilupakan... lepas bersalin nurse terus bawak baby ke nursery dan nurse yg lain akan sapukan minyak hangat di perut, kaki dan pakaikan stokin (tp ak mmg pkai stokin dr bilik (wad) smpai ke bersalin da pkai stokin sbb sejuk yakmat)...lepas kita di wad, nurse bg milo suam dan biskut cream cracker.

kalau nk request baby dengan kita, tekan ja loceng, nurse akan datang ke bilik dan bwk baby. time tu boleh lah azankan. kalau baby dah nanges (kui 4pagi time tu) ak tekan balik loceng suruh nurse amik balik baby n bawak ke nursery..kalu blh mmg nk baby dekat ngn kita kan..tp time tu letih sgt2..sbb x ckup tidur n x expect pon akan bersalin...so, dapatlah rehat kejap...dalam hati da xsabar nak spend time lg ngan baby...

Pukul 1.30petang 17/07/17 ak dibenarkan pulang dan charge dikenakan ialah RM2950..Tq smua nurse dan Dr Hanita😊..smuanya baik2 belaka...

kadar bayaran DBM hospital permatang pauh, 2017 (sory kalau gamba x clear)

and this is my first baby... Raeesa binti Rais..syukur alhamdulillah
~170717~

smoga menjadi hamba allah yang patuh dan taat pada perintahNya..aminnn

**the end**