Kalau sesiapa yang baca entry ni, mesti la uolls terfikir
nak bawa bayi uolls pergi umrah sekali kan?
paling tidak pun...baru terfikir-fikir nak pergi buat
umrah..
ok, kat sini, saya nak ceritakan sikit pengalaman membawa
bayi (anak saya, Raeesa)...masa tu dia 5bulan nak masuk 6bulan...Alhamdulillah,
pada 9jan-20jan 2018 lepas, kami menjadi tetamu Allah, dijemput Allah bagi
menunaikan ibadah umrah...
Saya ada buat “study” sikit dekat google, tapi kebanyakkannya
membawa bayi umur 1 thun ke atas, paling muda saya baca umur 8 bulan...ada umur
3bulan dari Indonesia..tapi saya tak berapa faham penulisannya..
Pertama sekali, uolls kena pertimbangkan semasa nak bawa
anak ke tak ialah: KEADAAN KESIHATAN ANAK UOLLS, dan semestinya NALURI IBU itu
tersangat lah penting.
uolls nak tahu tak, sebaik sahaja saya daftarkan Raeesa untuk
pergi sekali mengerjakan umrah, hanya seorang dua saja yang sokong saya untuk
bawa dia bersama...hubby dan mak saya pun ragu ragu nak bawa dia sekaliπ
Sebagai seorang ibu, kalau naluri uolls rasa NAK BAWA, bawa
je, biar seluruh rakyat Malaysia menentang skali pun...gituuu..TAPI..kalu uolls
pun ragu ragu, atau risaukan keadaan anak, atau risau 1001 masalah lain yang akan
timbul, saya nasihatkan supaya JANGAN BAWA anak kecil anda sekali..
Sejujurnya, antara cabarann bawa anak kecil mengerjakan
umrah:
1. Semasa flight take off/landing: Bagi bayi yang kali
pertama naik dan tak biasa dengan keaadan ni, memang mereka akan menangis, jadi,
saya cadangkan beli "headfon" untuk letak pada telinga bayi, rasanya
di kedai Daiso ada jual..saya terlupasungguh mengenai benda ni, tapi disebabkan
naik Saudi Airline, mereka ada bagi kit yang di dalam tu ada penyumbat telinga
tu...tapi walaupun saya sumbat telinga Raeesa, dia nak cabutkan pula dan tak
selesa..hurmmm..Jadi, kesudahnya Raeesa menangis tak henti sepanjang take
off...π
2. Kalau bayi jenis menangis malam/susah tidur malam: Jadual
telah disusun, jadi kalu uolls tak ckup rehat agak susah nak join program program
yang telah di susun..pihak pnganjur biasanya ok je, cuma kita lah yang rugi...Alhamdulillah,
walaupun berlaku perubahan waktu, Raeesa masih lagi boleh sesuaikan waktu tidur
dia dan tidur nyenyak pada waktu malam..
3. Najis pada lampin: Kadang kadang kita dah biasa bawa bayi
ke mana mana tanpa salin pampers (saya lah tu)..tapi waktu di sana, setiap kali
ke masjid, wajib tukar lampin supaya kita tidak menanggung najis, terutama
kalau kita nak tawaf (samada rukun/sunat/nazar/wada) atau nak solat smbil dukung
bayi. terus terang, dalam situasi ni, seorang ibu lah yang paling kalut sbb banyak
perkara nak kena fikir. Kadang kadang lampin anak saya pun lupa nak tukar masa
di hotel..situasi lain kalu kita dah nak solat, anak baru berakπ£..bagi
kes ni, memang saya pun tak dapat nak selesaikan masalah ni pada ketika tu sebab
apa pun tak bawa dan tak bersedia untuk situasi tersebut, terpaksalah saya teruskan
juga solat jemaah walaupun Raeesa dah menangis-nangis sebab tak selesa punggung
dia dah penuh....Jadi, saya boleh cadangkan untuk uolls bawa tisu basah,
plastik dan spray wuduk..so, kalu bayi bersaya blh salin, buang dalam plastik,
plastik masuk dalam bag dan ambil wuduk balik guna spray...
4. Bayi jenis tak duduk diam/menangis semasa kita solat
jemaah: Ini perkara biasa, sediakan mainan, atau benda benda yang dia
suka..ramai je yang bawa anak yang masih kecil..saya sendiri nampak depan mata,
bayi macam baru lahir beberapa hari lahir pun ada mak dia bawa ke masjidil
haram tu..
5. Kalau bayi masih tak boleh duduk atau berdiri: Jadi, setiap
kali nak solat (di masjid), pastikan berwuduk sebab kalau kita sendirian susah
nak letak bayi, sbb orang ramai..atau, , pastikan wuduk sntiasa ada dalam beg.
6. Susu bayi: Ini bukan masalah besar kalau uolss pakai susu
formula, tapi kalu uolls menyusu badan secara eksklusif, maka ini juga salah
satu cabaran. Sedia maklum dari KLIA lagi tidak dibenarkan bawa susu / barangan
cecair..Jadi, saya bawa susu sejuk beku letak dalam “luggage” dalam 2 botol sebab
saya takut kalau bawa banyak susu sangat, nanti susu yang cair tu perlu digunakan
secepat mungkin. kalau nak harap nak pump kat sana, memang tak sempat (mungkin
salah saya sebab tak pandai susun jadual).. sebab badan dah letih, dan dah biasa
bagi anak menyusu terus...bila sesekali nak pump, susu pun segan segan nak
kluar dan perlu buat "power pump" (yang memakan masa) untuk tambah
kuantiti susu.. susu ni bukan apa, kalu kita nak pergi beribadah, boleh la tinggalkan
bayi kepada suami ..tapi kalu susu tak ckup, macam mana nak tinggalkan bayi untuk
pergi buat ibadah..
7. Kalau berlaku situasi yang tidak diingini: Contoh pasangan
kita demam..haa..yang ini agak mencabar, saya pergi dgn hubby, mak dan abah. Semasa
umrah pertama kami, hubby demam dan tak larat sungguh..Jadi, saya kena dukung
Raeesa sepanjang tawaf dan saie (memang 2-3 pusingan je larat, lepas tu rehat sekejapπ)..situasi
ni memang antara yang sungguh tak disangka sangka..sebab umrah pertama ni kita akan
pergi secara berjemaah dengan mutawif dan Jemaah jemaah yang lain, jadi kena la
jugak habiskn secepat mungkin sebab mereka akan tunggu untuk balik sekali
(situasi ni ikut “travel agent” masing masing)...
**yang jadi bertambah tambah penat bagi seorang ibu yang
membawa bayinya sekali ni bukan apa..bagi kes kami, dari Penang ke Kuala Lumpur
kami naik bas, kemudian sampai ke KLIA (hari yang sama) terus ke airport
Jeddah, seterusnya ke Mekah untuk buat umrah..di dalam kaal terbang dan dalam
bas lagi dah tak cukup tidur...lepas tu terus kena pergi buat umrah sambil
dukung bayi...so, memang mencabar jugak disitu...
8. Mommy pulak yang demam: Ini...memang perkara yang tak
disangka sagka yang kedua, Raeesa Alhamdulillah sihat sepanjang kat sana.. saya
pula, hari kedua demam ditambah pula batuk dan selsema sampai seminggu...Alhamdulillah,
walaupun menyusu badan, Raeesa tak berjangkit...apa pun yang penting, banyakkan
berdoa pada Allah swt..
Apa apa pun uolls kena ingat, kita pergi sana untuk buat
ibadah, tak dinafikan bawa anak ni terkadang kita terhad untuk melakukan
ibadah, tambahan masa kami pergi, masih musim sejuk (kebiasaannya November,Disember, Januari -
musim sejuk di Saudi). Madinah lebih sejuk berbanding Mekah. Masa di Madinah, waku
subuh hubby tak bagi saya ke masjid untuk bawa Raeesa (sebab sejuk sangat)..tapi
masa di Mekah, Alhamdullilah boleh solat berjemah di Masjidil Haram, kalau bawa
bayi waktu subuh...solat lah di tingkat 1..rase suam suam je gitu...
Sekian sahaja, review saya/pengalaman saya membawa bayi
pergi mengerjakan ibadah umrah...