Monday, February 27, 2017

TEMPAT MENARIK DI HO CHI MINH CITY (REVIEW / TIPS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Seperti tahun2 sebelumnya, honeymoon kali ketiga ni aku pilih Ho Chi Minh City, Vietnam sebagai destinasi percutian.

Sekilas trip2 honeymoon yang lepas:

😍Feb 2014: Kawen and short honeymoon (2d 1n at Cameron Highland)

😍August 2015: 1st Anniversary celebration (4d 3n at Kota Kinabalu, Sabah)

😍Feb 2016: 2nd Anniversary celebration (11d 10n at Krabi - Phang Nga - Phuket)

😍Feb 2017: 3rd Anniversary celebration (5d 4n at Ho Chi Minh City)

alhamdulillah, syukur atas tiap nikmat yang Allah berikan...

Berikut merupakan ringkasan percutian di Ho Chi Minh City terutama jika anda dari MALAYSIA dan beragama Islam.

1. Hotel
Setakat yang ak survey, hanya Hotel An Tam, District 1 yang ada restoren Halal, tapi malangnya pada lawatan ak yg lepas (21/2/17-25/2/17) hotel tu tidak lagi menyediakan sarapan kerana restoren Salima hotel tersebut telah ditutup.

Walau bagaimanapun, disepanjang lorong Hotel An Tam, memang banyak lagi kedai makan yang dikatakan sedap la untuk tekak rakyat Malaysia terutamanya beragama Islam...


lorong ini juga dikenali sebagai "Malaysian Street" dikalangan rakyat Malaysia..ak pon xtau knapa..dok dengaq makcik2 yang lalu situ la ckp😅. Selain Hotel An Tam, banyak lagi hotel yang sederet dengannya seperti Saigon Pink 2 Hotel, Allagon Hotel, Thanh Thu dan banyak lagi la..boleh google hotel2 yang berdekatan Ben Thanh Market ni...sangat2 best kalau dapat duduk area sini sebab makan pon senang, shopping pon senang.

2. Makan
Makanan yang halal memang mahal berbanding yang tak halal..tp, dalam banyak2 kedai, kedai makan Halal Amin Pho Muslim harganya boleh tahan. murah dan agak berbaloi.


 kedai ni memang ramai kalu peak hour lunch and dinner..tapi, kalau penuh, masih boleh masuk sbb dalam dan tingkat atas masih banyak ruang...No worries😁

3. Tempat yang dilawati

Sebenarnya Ho Chi Minh ni tak banyak tempat untuk dilawati, kalu betul2 nak hayati, silalah ambil pakej Mekong Delta 2hr 1mlm atau 3hr 2mlm..ok kot, sbb boleh lawat Floating Market.

Pada percutian kami, kami hanya melawat Mekong Delta 1 day trip (160,000VND sorang, dlm RM80 sorg)- including lunch..Tp malangnya ak booked trip Mekong Delta tu di Hotel An Tam 3 (tersilap pilih hotel, ingat cawangan Hotel An Tam smua sama😩, mujur booked hotel 2 malam ja)..Makanya, time depa lunch, ak dan suami makan lah maggi (sebab even nak amik vege pon, kedai tu masak pork..en hubby rasa loya tekak bila dengar tu😵)

tapi, kalu korang amik tour area lorong "Malaysian Street" seperti yang dinyatakan diatas, kemungkinan besar lunch HALAL, sbb tripnya orang islam vietnam yang incharge, tp harga mungkin akan mahal sikit lah...

Mekong Delta

Mekong Delta ni trip dia ambil masa 1 hr jugak la..sebab perjalannya yang jauh (lebih kurang 2j dr Ho Chi Minh City)

Keesokkan harinya, kami ke Rin Rin Park


Rin Rin Park - Taman Ala Jepun


Sebahagian dr view Rin Rin Park..



Menarik, puas harti dengan harganya 50.000VND lebih kurang RM10 seorang..taman memang ala-ala jepun...(xnak jadi spoiler..kna datang tengok sendiri...hihi)

Lepas tu kami ke Independence Palace - tempat persidangan menteri-menteri...


tempat ala2 orang cam najib and rosmah bersidang gituuu...dari bilik persidangan, sampailah bilik tidur para menteri...

Lepas tu kami ke War Remnant Museum Ho Chi Minh dlm 15.000VND (anggaran RM3 seorang)...



hampir nak nanges bila dtg sini..sedih baca kisah2 sejarah orang-orang vietnam time perang vietnam selama 17 tahun...😢

Malamnya kami lepak2 naik motor..sewa motor dalam 150.000VND anggaran RM30 sehari..(paling murah blh dpt 5USD lebih kurang RM20, depends pada tempat)

Notre Dame - church (ramai sangat orang, so tangkap gambar je)

Saigon Centre - mall

Independence Palace waktu malam...

sekian saja coretan percutian..ak nak share jugak tips membeli belah di Ho Chi Minh City (terutama Ben Thanh Market dan pasar malam sekelilingnya)

1. Sedia kan ringgit malaysia (RM) sebab kadang barang tu murah dlm RM, tapi bila convert kepada dong, rate akan jadi mahal (rugi la sikit)

2. Harga pada waktu weekend, peniaga akan fixed price dan tak nak tawar banyak2 (sebab ramai orang weekend), kalau weekday, insyaallah tawar sampai jadi!

3. Letak harga rendah dulu kalau betul2 berminat, harga pertama peniaga di sana letak sangat2 lah mahal...

4. Orang vietnam agak kasar2..mungkin cara hidup di bandar yang nak cepat..so, berhati2 la dengan perbuatan dan semasa berjalan terutama semasa melintas jalan..

Selamat bercuti😘