Saturday, January 21, 2017

BALUT BUKU MERAH KLINIK KESIHATAN

Assalamualaikum and a very good morning.

Last night punya lah terlebih rajin, maka mulalah idea membalut buku merah aka buku pink bagi ibu-ibu mengandung..Memandangkan ni anak pertama, and has been a TTC since almost 3 years, amat-amatlah teruja bila bukak buku merah ni..

But, actually, ak rasa nk bersalin di Asia Columbia Taiping (sebab nak hubby teman dan Dr perempuan), and since Hospital Taiping amat2 mempunyai kes-kes yang kurang enak didengari dan menggerunkan. Harap-harap misi kt KD Permatang Tok Mahat tak bising dengan keputusanku ini. Sebabnya awal2 lagi misi da tanya ak, dia kata, kalu nak beranak swasta xpayah buka buku merah..Alahai..iouls ni x berani nk tipu2..tp sayang gak duit nk check up swasta every month..Pendek kata duit tu boleh simpan untuk bersalin nanti. Cakap kat husband, xpelah, anak pertama try bukak buku merah. Sebab klinik kerajaan check detail, so dapat kenal pasti masalah kita walaupun terpaksa tunggu.

Harap2 misi x marah bila cakap nak bersalin di swasta.

Harap2 misi xkata apa ak p balut buku merah..

sebab ak ni semerkap sikit...kang tertumpah air lah, terkena minyak lah..dan macam2 ter- lagi lah...

nilah buku yang siap dibalut...lepas balut baru terfikir...satgi mesti misi ingat ak ni budak skema.. πŸ˜…

pape jelah..janji ak bahagiaπŸ˜‚πŸ˜‚




p/s: kalu cik misi xsuka, terpaksa la bukak balik..heee

edited on 28/04/17: misi tegur kata nnt Dr/misi nak tulis2 lagi kat kulit depan tu, so, ak remove pita selefon without removing the plastic cover..selesai masalah. Buku kulit depan masih boleh ditulis and at the same time buku dapat dilindungi..chewah~

Saturday, January 7, 2017

POSTGRADUATE STUDIES: RESEARCH MODE ATAU MIX-MODE ATAU COURSEWORK?

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih bernafas dan tahun 2016 telah pun melabuhkan tirainya.

Bagi adik-adik pelajar tahun akhir aka 4th year mesti tengah berfikir-fikir nak sambung ke nak keje?

Ramai yang pilih nak keje..sebab yela..belajar dekat 3-4 tahun..atau mungkin 5 tahun bagi kos perubatan, confirm "cemuih" da tengok buku dan nota-nota kuliah.

Tapi, tak kurang juga yang runsing dengan kegawatan ekonomi sekarang...

Takpelah dik, rezeki ada kat mana ja..yang penting ko suka buat benda tu, dan xsalah disisi agama dan negara, proceed ja... 

Ak plak...Masih lagi menghabiskan sisa-sisa sem 1 (sem 1 out of 6 sem - hopefully) - Phd Candidate (Insyaallah, doa-doakan ak teros tabah)..Reasearch Gap masih samar-samar,  baru dapat idea untuk objektif kajian, tu pon belum bincang dengan supervisor either dia setuju ke tak...😩

Buat Research memang kena banyak sabar.

Perkataan, atau perasaan "menyesal" atau "kenapa aku sambung belajar ek?", selagi tak timbul perasaan tu, maknanya research kita masih belum menemui jalannya..(mengikut pengalaman sendiri dan kawan-kawan).

Banyak kawan-kawan dan para junior tanya, mana ok ek? research ka? mix-mode? (sbb di USM hanya menawarkan dua mod ini utk kursus Kejuruteraan Awam (Civil Engineering).

Di Universiti lain, contohnya UTM tak silap ada kursus coursework utk Civil Eng. ni...

Ok disini ak nak share pros and cons MIX-MODE study and RESEARCH MODE.

MIX-MODE (Master Level/Ijazah Sarjana)

Pros
-graduate on time (GOT): confirm habis on-time (1 year kalu buat full time) kalu ko skema gila masuk kelas, buat kuiz, assignment..baik dengan lecturer...kompom flying colours than undergraduate (degree)...

-tajaan: sangat-sangat bertuah kalau dapat tajaan dan belajar pula di universiti yang murah yuran pengajiannya (cth: UiTM), sebab tajaan seperti MyBrain15 (myMaster) betul-betul akan sponsor untuk 1 tahun TANPA elaun sara hidup..so, kalu ko buat research, cth di USM (yang yuran pengajiannya RM3700 satu sem), dan tak siap research dalam setahun, sudah pasti kena tabah duit sendiri kerana MyBrain hanya support RM10,000 sahaja di peringkat Masters.

Cons 
-futher study: bila sambung Phd research (cth kos kejuruteraan awam yang memang tak ada option lain untuk mod Phd), mula la rasa kenapa Phd susah sangat la, rasa down (akan terjadi pada sem 4,5,6) sebab sem 1,2,3 masih lagi honeymoon stage.

-financial: tiada elaun sara hidup..kalu nak jadi research assistant (RA) pon selalunya pensyarah akan pilih yang buat research, sebab senang boleh buat paper/publication skali.

-conference: kurang penerbitan dan mungkin tidak berpeluang menghadiri conference.

RESEARCH MODE (Master Level/Ijazah Sarjana)

Pros
-conferencekalau bernasib baik, supervisor atau SV yang memiliki research grant, ambil lah kesempatan untuk menjadi RA dan menghadiri seminar/conference.

-financial: banyak kelebihan untuk elaun sara hidup..rajin-rajin la cari di web universiti atau cari skim-skim pensyarah yang sering di iklankan di web-web rasmi universiti.

-further study: dah mula dapat "hint" research Phd nanti macam mana tarafnya..dan insyaallah dipermudahkan..

Cons
-financial: kalau tak habis on time, kena tambah duit sendiri..makin lama extend makin serabut thesis xsiap-siap, duit nak kena cari..dan perlu ingat..setiap universiti ada tempoh matang masing-masing..dan mesti siap dalam tempoh tersebut...

Begitulah serba sedikit pengalaman ak dan kawan-kawan yang boleh dikongsikan.

Kalau tanya ak, nak sambung master mix-mode atau research, konklusinya:

- ikot komitmen masing-masing..kalau boleh bagi komitmen untuk research yang perjalanannya sungguh mencabar, silakan..sebab in future insyaallah lebih mudah. pepatah pon ada kata: berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, ber.....ko sambung la sendiri..

-ikot tengok poket sendiri juga..kalau mampu, boleh teruskan dengan Mix-mode, kerana cepat dan confirm GOT..

apa-apa pun, semuanya rezeki...

dapat siap awal pon rezeki.

dapat SV yang memahami pon rezeki.

dapat elaun/tajaan/skim pensyarah pon rezeki...

yang penting jangan cepat putus asa...

itu saja celoteh kali ni.nak sambung literature search yang tak siap-siap lagi 😣

ALL THE BEST PEEPS! 😁